MEMANASKAN ENJIN
Tuan Haji Shaifudin bin Maulup MENULIS :
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama adapemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikalberkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan inidilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarangdestinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yangmemanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintudan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada puncikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambilkursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Diunivesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak adamenyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi dimana?
Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasanenjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk guastart panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar.Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalandatuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagisebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, guapula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebabgua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangunlambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan?Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijaklaksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan diMalaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untukkehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjinadalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telahmemulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjinyang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun ,United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudahmenetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak bolehdibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupunsuhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, merekamenyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu diMalaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah.Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikatiaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their designtemperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan katalain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaanpepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan burukkepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turunke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada didinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya.Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palampencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuhyang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wapdari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalamikehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura(idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Inimenyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yangmana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yangdinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-keretaMalaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakanbertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atauhasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepadakarbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air,mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksidadan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripadakomponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalamkeadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsihanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu iaakan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepadabahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia bolehberoperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling)maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja.Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukanmemanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazirbahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir kebahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing lajuapa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satuperkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukuppantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalauenjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau bolehBMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangantunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alamsekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jikakenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT,berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasarmini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda didalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau keatmosfera yang membawa pemanasan global.
......................
seriously..sejak aku guna kete,aku start 1 minit terus jalan.......................ghamai kawan aku ckp cara aku salah....lain org lain caranya....
No comments:
Post a Comment